Monday, February 14, 2005

hmmmmmmmmmmmmmm... hari nie dah masuk valentine's day.. ina x pernah sambut ngan kekasih... walaupun sebelum abg tha nie ina pernah bercinta... sepanjang hidup ina.. ina cuma pernah menyambut hari yang dikatakan hari kasih sayang ini bersama keluarga ina dan sahabat2 sejati ina sahaja.. tanggal 14 feb adalah hari yang dikatakan hari kasihsayang sedunia.. kasih sayang yang tidak hanya diantara kekasih, tetapi juga atr keluarga, kawan2, serta insan2 yang kita sayang, yang kita hargai kehadirannya dalam hidup kita.. sedangkan dalam masa yang sama ada juga mengatakan ada kisah di sebalik hari ini.... guess u guys know...
memang benar, setiap hari kita masih boleh menunjukkan kasih sayang kita kepada insan yang kita anggap bermakna dalam hidup kita.. tapi.. kenapa perlu adanya hari ini yang kita anggap lebih istimewa untuk menunjukkan betapa kita menghargai kasih sayang kita itu.. rasanya ... sesuai untuk mereka yang terlalu sibuk dan mengabaikan insan yang mereka sayang.. bukan bermakna mereka tidak menyayangi dan menghargai insan2 itu cuma.. tugasan lebih meminta perhatian.. jadi mereka seharusnya ada 1 tarikh istimewa untuk meraikannya khas buat insan yang di sayangi....nampaknya.. abg tha cukup bz malam nie.. ina faham ngan tugasan abg tha.. walaupun ina tahu dia dah mungkir janji sekali lagi... dia berjanji akan menelefon ina tepat pada pukul 12 malam.... ini adalah permintaan ina sendiri.. kerana ada sesuatu yang ingin ina katakan kepadanya.... surprise! bad or good.. biarlah dia yang menilainya sendiri....
hmmmm as usual.. ina x kan sambut valentine's day.. dan walaupun ina kini berpasangan dengan abg tha.. ina tetap seperti dulu.. tidak akan menyambutnya....kenapa?tarikh ini tidak akan melupakan ina kepada seorang teman.. yang juga merupakan adik kepada sahabat sejati ina.... yang mana telah di rogol dan kemudiannya di bunuh sebelum mayatnya dicampakkan di tempat lain.... sedih.. memang sedih.. dan ina xkan lupakan bagaimana terkejutnya ina menerima berita kematiannya... pada hari valentine's day.. pada 14 feb beberapa tahun yang lalu.. kisahnya ada disiarkan di surat khabar.. di televisyen dan di dalam majalah kesayangan ina... (tahun lepas ada.. tahun nie lom ada lagi tak tahu la keluaran yang akan datang nie).... ina sentiasa terfikir.. kenapa lelaki yang sepatutnya melindungi perempuan menjadi pemusnah perempuan? kenapa lelaki yang sepatutnya menjadi pemimpin menjadi punca ke arah yang tidah baik.. bukan saja merosakkan masa depan perempuan itu.. malah ada yang sanggup membunuh.. ada yang sanggup mengugut serta melakukannya berulang kali... sesungguhnya ina faham perasaan insan yang dirogol.. kenapa mereka enggan tampil ke hadapan membuat laporan dan sebagainya... kerana masyarakat sendiri... kerana masyarakat akan menghukum dan mengadili mereka.. kerana mereka akan di caci dan dipandang hina.. kerana mereka akan lebih merasa rendah diri.. malah ada juga yang dipulaukan.. memang tidak semua... tapi hakikatnya itulah majoriti sikap masyarakat pada alaf ini.... ramai yang menyalahkan perempuan kerana kononnya berpakaian seksi.. segala2nya kalau boleh akan diletakkan ke atas perempuan... hmmmm namun sejak akhir2nya.. mungkin masyarakat boleh berfikir sendiri.. berpakaian seksi hanyalah alasan yang digunakan utk menutup kesalahan kaum lelaki yang mempunyai nafsu seperti iblis itu... memang tidak dinafikan itu mampu menjadi salah satu punca.. tapi kalau nak diingatkan kembali... lelaki sendiri harus mampu berfikir dan menilai baik buruknya... mereka yang sepatutnya memimpin tidak seharusnya menjadi pemusnah... terbukti apabila.. insan kecil yang tidak tahu apa2 juga menjadi mangsa... adakah alasan berpakaian seksi wajar digunakan... anda sendiri tahu jawapannya... jika tidak masakan nenek tua yang usianya mencecah 70an juga boleh menjadi mangsa rogol.. dengan kulit berkedut2 ... adakah cantiknya nenek itu sehingga boleh menaikkan nafsu? adakah nenek itu juga berpakaian seksi? aduhhh.... kalau nafsu dah mengawal... bala yang akan menimpa...lelaki harus belajar mengawal nafsu.. sebelum cuba meletakkan kesalahan di pihak perempuan.. ina x berpihak kepada lelaki atau perempuan... walaupun tulisan ini nampaknya lebih berpihak kepada perempuan.. kenapa? kerana itulah yang ina nampak hari ini...
kepada lelaki.. andai anda mempunyai insan yang anda sayangi.. jagalah dia sebaiknya dan janganlah mengambil kesempatan... kerana lahirnya anda adalah dari rahim seorang perempuan juga.....andai ingin meletakkan kesalahan ke atas perempuan.. renunglah diri anda wahai lelaki... adakah anda yg sepatutnya menegur dan menjadi pemimpin untuk memimpin kaum hawa ini sudah menunaikan tanggungjawab itu.. atau mengambil kesempatan atas kelemahan dan kesilapan kaum hawa , memusnah masa depannya....
kepada kaum hawa... insan bernama lelaki memang pemimpin kaum hawa.. membawa ke jalan yang lurus.. namun tidak semua lelaki mempunyai sifat kepimpinan itu.. sebelum anda mengharapkan lelaki memimpin diri anda.. belajarlah berdiri dan nilailah perbuatan anda mengundang kebaikan atau keburukan... hmm nampak zaman sekarang ini... semuanya terpulang pada individu itu sendiri... buat abg tha yang tersayang... semoga harimu sentiasa di jalani dengan penuh ceria, bahagia dan gembira.. kita hanya mampu merancang.. tuhan yang menentukan segalanya...ina harap abg sentiasa cuba yang terbaik.. doa ina akan sentiasa mengiringi abg....
p/s: al-fatihah buat temanku... semoga tenang dirimu di sana dan dirahmati allah ke atas dirimu yang telah dizalimi dan di khianati... pembalasan allah pasti ada.. sesungguhnya allah itu maha adil... doaku teman... semoga kita berjumpa di hari kemudian.... .selamat hari kasih sayang buat semua yang bergelar insan.. yang tahu erti kasih dan sayang.. serta tahu akan nilai sebuah cinta....

love,
-ina-

0 Comments:

Post a Comment

<< Home