Monday, February 21, 2005
 | Terfikir apa yang abg nd tulis.... Current mood: touched erkkkk ina suka lawat2 blog.. atr yang pasti ina lawat adalah blog abg nd.... hari nie ina terasa nak cakap mengenai apa yang abg nd tulis... sebab ina pun pernah melalui apa yang abg nd lalui.. ina pun x leh nak cakap sama ada ina dah atasinya ataupun tak.. may be dalam proses.. dan ina bersyukur sebab abg tha cukup memahami keadaan dan perasaan ina.. ina cukup bersyukur kerana abg tha mengerti bahawa perasaan ini x boleh dipaksa... kadang2... kita tertanya.. kenapa perlu ada pertemuan andai ianya berakhir dengan perpisahan... terutama insan yang kita sayangi dan kita cintai.. apabila kita menyintai seseorang itu dgn speenuh hati.. tapi kenapa akhirnya cinta itu terpaksa kita lepaskan pergi? mengapakah dia yang kita cintai bukan ditakdirkan menjadi milik kita.. mengapakah dia tercipta buat kita.. dan perasaan cinta itu tidak akan mudah perginya seperti hadirnya tanpa diduga.. perginya pula tak di pinta.... disaat kita masih belum bersedia kehilangannya... bila kita kehilangan seseorang yang kita cintai.. allah sebenarnya mahu kita jumpa yang salah sebelum jumpa yang benar.. kenapa? agar kita menghargai cinta yang sebenarnya milik kita itu... kerana kita sudah merasai pahitnya kekecewaan.. pedihnya kehilangan... kerana selepas semua ini.. baru lah kita semua tahu erti dan nilai sebenar sebuah cinta dan kasih sayang .. terlalu mahal dan berharga.... apabila pintu disebelah kiri kita tertutup.... (kita kehilangan cinta).... pintu yang satu lagi akan terbuka... pintu di sebelah kanan akan terbuka... jadi mengapa perlu kita pandang lagi pada pintu yang telah tertutup itu? memang bukan mudah.... tidak salah memandang tapi bukan sehingga menutup hati dan mata kita hingga tidak menyedari pintu yang telah terbuka utk kita...
Hati Dan Perasaan
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah `ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. (They say it takes a minute to find a special person, and hour to appreciate them, but then an entire life to forget them).
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.
Carilah sesuatu yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.
Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. 8:58 PM - 0 Comments - 0 Kudos - Add Comment - Edit - Remove |
 | kucing ku sayang....(Loi Kwai Ching) :p Current mood: okay hari nie ina terima email dari rakan baik ina sejak di bangku sekolah (chinese gal)... lama dah kawan baik ngan dia nie.. boleh kira sahabat ina.. setiap kali raya sejak ina kawan baik ngan dia, dia pasti datang .. tapi skrg.. dah masuk 2 tahun dia x datang (sejak ina pindah rumah).. maklum la.. masing2 bz.. tapi masih keep in touch.. tuh yang bagus.... kucing ooo kucing... (nama betulnya kwai ching tapi di panggey kucing-gelaran manja dari ina khas buat dirinya).... lama betul tak jumpa yer kucing.. ina pun rindu gak.. (dia tak pangey ina.. panggey.. eheheheh rahsia).... kawan2 ramai yang dah berpecah skrg nie... tapi time perayaan pastijumpa balik.. rasa bersalah sangat2 sebab tak wish kat kucing masa chinese new year hari tuh.. masa nak call tuh dah lewat sangat2.... pastu tertangguh dan hasilnya.. xder la call.. sorry yer kucing.. petang sebelum chinese new year tuh ade gak gi kedai dia tapi dah tutup.. hajat di hati nak jumpa.. x jumpa2 la pulak.. sampai skrg.... apa pun.. thanx kucing.. u'll always be my fren....
p/s: mahal meeehh... soklan pasal my love life.. surprise for ya...!
-ina- 8:26 PM - 0 Comments - 0 Kudos - Add Comment - Edit - Remove |
0 Comments:
Post a Comment
<< Home