Wednesday, May 25, 2005

Poem

Wednesday, May 25, 2005

poem...
Current mood: touched

I really loves this poem.. the language is so beautiful, sweet and so meanigful. ..Here they goes..

Masihkah engkau lagi kekasih


Telah ku sapa lagi nyayian ombak derita,
Di pesisir pantai kenangan itu,
sekadar untuk kukutip kembali,
serpihan harapan yang telah tercarik luka,
di pinggir setia sebuah dermaga,
yang ditinggal sepi sang kelana,
lantas kucuba mengubat luka yang masih merah, berdarah..
dengan mimpi yang belum pulang, dan janji seekor camar yang kehilangan..
Masihkah engkau lagi kekasih,
menghitung buih rindu yang pecah sejuta di kaki,
atau aku yang paling setia disini,
menunggu ribut timur ini, yang entah bila redanya..
runtuhkan istana cinta itu, kekasih
Biarkan amuk ombak menggila menghempas tiang serinya,
Dan angin tenggara yang bertiup kencang mengheretnya,
ke tengah pusar gelombang lenyap dan tenggelam
ke dasar muara yang paling dalam, kerana disini,
masihkah engkau lagi kekasih,
atau aku akan redha rebah berdarah, dengan air mata..
dengan air mata...

by: Chempaka Juita, Pahang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home