apakah yang ina rasai ini? benarkah sekali lagi naluri ina kali nie?
Saturday, March 04, 2006
| apakah yang ina rasai ini? benarkah sekali lagi naluri ina kali nie? Assalamualaikum... hi guys... Hari nie hari sabtu.. ina bangun awal.. seawal 4.10 pagi tadi.. kenapa ekk.... ermm pasal ina ader mimpi sumthin.. yang pastinya perasaan rindu yang cuba ina abaikan datang mencengkam diri... Ina keliru dengan mimpi ina semalam.. eh sejak akhir2 nie ina banyak cakap pasal mimpikan? Ntah la.. maybe sebab salah satu mimpi ina menjadi petunjuk pada alamat x baik sebelum nie.. perasaan yang ina rasakan masa tuk seakan2 benar dan ianya telahpun menjadi kenyataan lagipun banyak mimpi ina menjadi kenyataan.. ermm pelik but benar... Semalam ina bermimpi tentang abg mie! Yup abg mie.. my ex... insan yang ina sayang sangat2 dan ina rindui sangat2.. banyak yang dia layan ina buruk sangat.. tapi ntah la.. walau cam mana pun dia layan ina buruk (sejak dia mula balik kg dia.. bulan september 2005).. dalam hati ina x pernah ader rasa benci pada diri nya... yang ada pun Cuma rasa sedih.. dan tertanya2.. apa agaknya salah ina pada dia... tue yang sampai ikin (my very best fren merangkap adik angkat abg mie) boleh nak cuba couplekan ina kembali ngan my ex (budak johor).. kadang2 ina tertanya.. am i that blind? Y ina sayang sangat pada abg mie? Ikin yang selama nie marah kala ina nampak main2 ngan couple ina.. kali nie buat pertama kali boleh suruh ina tinggalkan abg mie... teruk sangat ker abg mie layan ina dulu? Dalam mimpi ina.. ina mimpi abg mie layan ina buruk sangat2... siap tengking2 depan org ramai.. dia cakap" aku x mo jumpa kau dah.. kau x paham2 lagi ker? Aku x sayang kau dan kau jangan nak ingat lagi perkara lama dulu.. aku dengan kau dah tak ada apa2 dah..." ina nangis teruk dalam mimpi... ina, ikin, beberapa orang yang ina kenali dan ada gak org yang ina x kenal masuk dalam mimpi tuh.. ikin masa tuh suruh ina lupakan ajer abg mie.. dia marah sangat dengan cara abg mie layan ina... ina sejak tuh tengok abg mie dari jauh... ina cuba gak dekati but ina x berjaya dekati.. even number phone pun dah tukar.. n ina x tahu apa nombor baru abg mie... abg mie lak mula jadi pemarah.. dia marah2 orang sekeliling dia.. then ina nampak ader sorang pompuan yang sentiasa ada di sisi dia... L awek dia kot.. yang menggantikan tempat ina... L .... abg mie mula libatkan diri ngan kerja bukan2.. jadi cam org jahat.. yang pastinya ina memang x suka... dalam mimpi tue.. ader sorang yang ina kenal yang ada disisi abg mie.. but bukan abg yun.. sapa ekk... ina minta jumpa ngan dia sebab ina ader hal nak cakap.. ina betul2 risaukan abg mie... dia akhirnya setuju jumpa ina.. dia datang... tempat kamu jumpa tuh berdekatan ngan masjid.. di luar masjid tuh sebenarnya... masa nak kuar sebelum perjumpaan tuh ina nampak abg mie macam dalam bar.. minum arak.. dia pandang ina skali lalu.. dia pandang ina pastu dia mula ambil kad (rasanya kad raya) dan dia mula menulis.. agaknya dia nak kasi pada awek dia tuh kot... tuh ajer ina pikir.. sebab abg mie mula tulis kad tuh lepas budak pompuan yang ada di sisi dia tuh berlalu... dan kebetulan kami berpandangan sebentar.. maybe dia marah dan bosan dengan ina yang masih lagi menyayangi dia dan merindui dia... ina nangis.. ina sedih sangat2.. ina x mo abg mie jadi cam tuh...ina bertanyakan khabar abg mie pada kawan dia yang datang jumpa ina tuh (a.k.a org kanan abg mie).. dia cakap abg mie memang tengah mabuk kat sana dan dia cakap abg mie camtuh ajer la.. x fikir pasal keselamatan dan kesihatan diri.. risau ina dgr.. ina cakap pada kawan dia tuh... ina paham kenapa abg mie jadi cam tuh.. kerana.. abg mie masih sayangkan ina dan rindukan ina.. kawan dia gelakkan ina dan suruh ina jangan mimpi.. jangan berangan.. ina lak jawab.. itu naluri hati ina.. dan ina leh rasa betapa abg mie sayang sangat dan rindu sangat ngan ina..dan dia layan ina buruk tuh pasal dia cuba tipu diri dia sendiri.. dia cuba bohong ina.. bagaimana dia nak bohong ina kalau naluri hati ina mengetahui kebenarannya.. kalau bahasa diri dia dan matanya menceritakan segalanya.. betapa dia amat menyayangi ina dan merindui ina.. betapa dia amat menderita dan bersedih?... ina minta tolong kawan dia tengok2kan abg mie.. kawan dia jawab.. itu no hal dan sudah semestinya... ina tanya pada kawan dia tuh.. abg mie dah tukar nombor ker? Kawan dia cakap yer.. ina pasti sama ada kawan dia ader kasi number phone baru abg mie ker tak... rasanya ader.. rasanya tak.. but lebih pada rasanya ada bagi.. cit.. part penting ina lupa lak. Lepas tuh ina Cuma ingat ina masa tuh baru lepas solat dan baca al-quran.. nak balik hotel dah.. tempat kami semua menginap... (part nie pelik.. sejak mula mimpi kami memang kat hotel..kiranya ina bertemu abg mie semula pasal kami x sengaja duduk dalam hotel yang sama dan terserempak.. dup dap dup dap.. jantungku berdebar2)... tetiba kawan dia tuh datang berlari ke arah ina sambil jerit panggil nama ina ngan muka ceria.. kawan dia serahkan ina kad yang ada di tangan.. kawan dia cakap dia curi2 ambil kad tuh.. lagipun abg mie tengah mabuk dan x sedarkan diri... kalau dia sedar.. memang x dapat nyer.... itu kad yang ina kata ina nampak abg mie tulis... kawan dia nak tahu sangat pada siapa yang abg mie tulis.. is it pada pompuan yang slalu mendampingi dia atau apa.. dan hasilnya amat mengejutkan... kad tuh untuk ina.. ina masih terbayang tulisan abg mie pada kad tuh.. ina masih terbayang apa yang ina baca... abg tulis tuk insan yang paling dia sayangi dan dia rindui (me..!!!) dia nyatakan betapa dia amat menyayangi dan merindui.. betapa dia amat derita dan merana... dia jumpa ina kembali terubat jualah rindu dia.. dia x leh walau sehari x nampak ina.. i can feel that! Dan macam2 lagi... the sad things is.. i can feel the sadness in him... ina leh rasa perasaan dia camne.. baru kawan dia nak percaya apa yang ina cakap mengenai naluri ina tuh.. memang ina nangis masa ina bangun tido... Ina minta tolong kawan dia tengok2kan dia.. ina tahu dia cam ne.. ina x leh nak dekati dia.. ini untuk kebaikan kami berdua walaupun kami sama2 rindu.. sama2 sedih.. sama2 derita.. dalam tuh ina ada cakap pada diri ina.. sumthing about is.. ina kata .. walaupun ina berpisah dengan dia kerana salah faham.. kerana is.. but ina sukar tuk kembali bersama dirinya walaupun ina juga amat menyayangi dan merinduinya.. kenapa? Kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan... Masa ina terbangun dari tido.. i'm crying... memang basah bantal dan dkt leher baju... and masa ina bangun i can still feel the pain deep inside my heart.. and i know.. he's missing me so damn much... ina juga merindui dia.. but ina x leh hubungi dia dah ... i cant.. inilah yang terbaik buat masa ini... Malah masa ina taip nie.. i'm crying.. ina leh rasa camne dia rindukan ina.. camne perasaan sayang dalam diri dia...its sumthing yang ina xleh nak describe.. ina rasa ina tahu kenapa dia buat camtuh ngan ina.. ina tahu kenapa dia sengaja nak marah2 ina.. ina tahu.. ada yang dia cuba elakkan dari ina.. ya allah.. peliharalah dirinya... hanya padamu aku bermohon.... ina x mo benda tuh jadi pada dia.. if ader pun.. i'll never leave him! No! Skrg masa tak memihak hubungan kami.. ina percaya.. if umur masing2 panjang.. ina akan bertemu dia kembali.. dan tika itu ina harap dia tidak lagi derita seperti skrg.. siapakah yang memanjakan dia skrg? Ina ingin skali berikan dia kegembiraan dan kebahagiaan pada dia.. ina tahu bagaimana keadaan dirinya.. ina leh selam jiwa dan perasaannya... andai ina mampu manjakan dirinya seperti satu tika dulu alangkah baiknya... Ina risau... dulu sebelum kami berpisah... ina dapat mimpi.. dapat alamat jugak.. dan apa yang ina rasa dalam mimpi tuh memang real.. kali nie ina leh rasa rindu dan sayang yang teramat sangat yang ada dalam dirinya pada ina.. dan ina leh rasa betapa dia merana dan menderita... rasa dia terlalu real.. adakah ini lagi satu petanda dan alamat... bukan bererti kami akan kembali bersama.. but... ina tahu keadaan dia camne skrg nie.. i do care about him.. dan ina sayang sangat pada dia.. jadi naluri tuh kuat... and he's in pain rite now.. that's what i can tell... Life is made of laugh and tears but mainly from tears.
|

sad
0 Comments:
Post a Comment
<< Home