ezrina98

Monday, April 11, 2005

lama x updated

Monday, April 11, 2005

lama x updated...
Current mood: moody

lama dah ina x masuk sini.. sejak ina putus ngan abg tha pada 4 mac 2005... hmmm walaupun macam tuh ina x pernah nak bermusuh ngan abg tha.. ina ngan abg tha jadi sahabat sejati.... lepas perbualan kami panjang lebar pada hari tuh dan keputusan yang kami sama2 ambil... abg tha x call ina dan dia x ina jumpa dalam tempat biasa kami.. dalam chatting tuh.... 4 hari lepas ina putuskan hubungan ngan abg tha baru abg tha call... as usual .. timing biasa.. lepas dia keje.. dalam kul 3.15-3.30 pagi.... dia call dan dia cakap dia nak gi makan jap ngan kawan2.. lepas tuh dia call balik dan dia nak chat ngan ina.. ina tunggu dia macam nak rak.. dia langsung x call ina (sampai skrg)... dan hari tuh juga dia x der langsung masuk chat.. ina x tido tunggu dia... what can i do? i'm just a stupid girl.... ina geram tul bila fikir pangai dia yang masih x berubah... after 2 minggu baru ina jumpa dia dalam channel dia.. terkejut gak ina.. but ina happy sangat2... ina slalu merisik khabar dia dari kawan2 yang kenal dia.. dan terutama kawan2 yang tahu kami couple sebelum nie....
abg tha buat andaian yang ina putuskan hubungan sebab ina ader org lain.. sesungguhnya ina tiada org lain .... masa ina couple ngan dia.. ina setia ngan dia sorang ajer.. x pernah terfikir lagi nak curang ngan dia.... tapi banyak sangat kesabaran ina teruji... makin ina sabar.. makin itu di cabar... bila tegur kang fikir bukan2.. dan semua nampak salah ina... kawan2 ina semua menghilang satu persatu sejak ina couple ngan dia sebab dia cemburu.. dia x suka ina rapat ngan mana2 lelaki... ina faham kalau dia cemburu...dia x mo kehilangan ina.. ina sabar walaupun kawan ina masa tuh yang tinggal cuma kakak angkat ina (along)... abg angkat ina (abg k) dan im... (im nie sahabat sejati ina dunia akhirat)... along setuju ngan kawan2 yang lain.. dia x suka apek (abg tha) sebab dia cakap abg tha nie x tahu menghargai ina.. malah masa ina syak abg tha ader org lain.. along pun cakap... dia rasa apek ader org lain.. (abg tha ngan apek nie org yang sama..:P) ......
abg k makin jarang masuk.. ina x tahu la dia bz ke apa.. ayiem? sejak abg tha pernah chat ngan dia dan cakap macam2 kat dia.. dia cuba menjauhkan diri dari ina.. dia x mo jadi punca ina berpisah ngan abg tha.. dia nak ina sentiasa happy...
im.... im je byk kasi pandangan positif kat ina.. setiap kali ina ngadu ngan dia.. setiap kali ina sakit hati.. dia sentiasa buat ina berpandangan positif terhadap abg tha.. ina sayang sahabat ina yang sorang nie.. sayang sangat2... im pernah chat ngan abg tha nie.. :) ... until one day.. im sendiri geram dan sakit hati ngan abg tha bila tahu apa yang terjadi.. macam mana abg tha layang ina dll... bila ina ckp kat im ina terkejut kerana.. buat pertama kalinya.. im menyokong along dan kawan2 ina yang lain supaya putuskan ajer.. selama nie. im banyak kasi nasihat.. dan buat ina jadi positif.. but skrg? is it that bad abg tha buat ina? ntah la.. x mampu nak igt....
sesungguhnya ina mmg betul2 sayang abg tha.. sayang walaupun x cinta.. tapi ina tetap setia ngan dia.. abg tha prnah putuskan hubungan sebanyak 3 kali couple ngan ina... tapi ina masih maafkan dia.. masih terima dia.. ina tunggu dia kerana ina tahu dia pasti akan kembali pada ina.. bila kesabaran ina makin hilang... bila dia makin melampau.. dalam kali ke 4 kami couple tuh.. kali nie.. buat pertama kalinya dan sekian kalinya.. ina putuskan hubungan ngan abg tha.. of course sebab dah terlalu teruk.. but walaupun ina putuskan hubungan.. ina sayang sangat kat dia.. ina sentiasa merindui dia.. ina bodohkan? memang ina bodoh agaknya.. walaupun ina x cinta.. tapi ina sayang sangat kat dia... cinta? xder langsung.... hmmmm agaknya kalau ina jatuh cinta.. mau jadi cam dulu.. sasau! hampir giler.. nasib masa tuh ina ader kawan2... but skrg?
ina putuskan hubungan.... sebenarnya ina nak cool down kan keadaan.. ina nak relakskan hubungan yang tegang.. everybody needs a little time away rite? y ina pilih putuskan hubungan? of course ader sebab nya.. ina tahu dia cam ne... ina tahu cuma nie je cata utk cool down... dalam masa yang sama sayang ina pada dia x pernah kurang dan x pernah hilang.. ina harap dia belajar dari kesilapan dia dulu... ina harap dia berubah.. dan ina tunggu dia kembali kepada ina seperti sebelum nie... tuhan je yg tahu betapa ina tersiksa dan betapa ina merindui dia.. ina byk nangis.... terutama bila igt dia.. tercari2 dia.. tertanya2 khabar dia pada kawan dll.. asalkan ina tahu dia ok cukup.. ina tahu dia sihat dan x apa2 cukup.....
dalam tempoh nie memang ina ader beberapa kali chat ngan dia.. just a simple one.. sumtimes ine leh rasa dia merindui ina.. naluri ina says that.. ina tahu dia igt ina... skrg? ina masih leh rasa walaupun tidak seperti dulu... may be ina cuma perasan sebab ina masih sayang dia dan rindukan dia....
ina jumpa dia semingu - 2 minggu lepas putus dan chat ngan dia di mana akhirnya dia beritahu ina satu berita yang memang ina x jangka dan ina memang terkejut giler2... dia dah ader org lain.... dgr citer budak johor... dj gak.. (ina nie cuma bekas dj)... dj radio betul atau radio internet ina pun x tahu.. bior lah dia...
ina rasa sedih sangat2.. ina berlagak tabah tapi air mata ina x henti dari mengalir.. tuhan ajer yang tahu.... mengeletar badan ina.. mengigil2 bila dapat tahu... ina yang sayang dia tapi x cintakan dia nie masih setia tunggu dia.. tapi dia yang dulunya kata sayang ina dan cintakan ina (malah sanggup tunggu sampai ina cintakan dia) begitu mudah berubah.. hati lelaki.. hati manusia.. memang cam tuh....
so ina cakap kat dia.. mulai hari tuh (hari ina dpt khabar yang dia dah ader yang lain) ina lepaskan dia buat selamanya.. maksudnya ina x tunggu dia dah! ina nangis giler2.. ina call abg k.. abg k lak nak gi keje.. along x ol... sapa yang ina ader? ina terus call im... im la byk pujuk ina dan tenangkan ina..... thanx sahabatku sayang.... im memang sentiasa disisi ina dalam suka dan salam duka.. dalam tangis dan dalam tawa.....
skrg? ntah la... apek (abg tha).. seakan selalu cuba uji kesabaran ina.. agaknya dia tahu ina masih sayang dia dan cintakan dia.. dia tahu ina xder pakwe.. selagi ina x der pengganti selagi tuh ina cam nie.. dia tahu sangat sifat ina yangsatu nie... dan dia sentiasa cam nak sakitkan hati ina dll.. dia sengaja membakar hati ina.. ina cuba berlagak ok... but akhir2 nie ina x sihat nie pun dah masuk 2 minggu ina demam, batuk dan selsema...dah gi klinik.. dah makan ubat tapi masih x ok.. apa leh buat yer dak.. ina dah la sakit... pastu kepala serabut byk sangat masalah dan benda yang perlu ina fikirkan.. tetiba semua datang serentak.. dah jatuh ditimpa tangga....
im je byk kasi semangat dan nasihat... dia kan sahabat ina... a.k.a pakwe ina... hahahahah
oh ya malam tadi ina kenal ngan abg lan.. cian dia.. hari nie dia keje.. pagi2 dah kene bangun tapi ina nyer pasal dia tido kl 5.30am.. hahahha nakal tul ina nie.. abg lan ni nak serius ngan ina.. but ina tolak.. ina rasa better berkawan ajer dulu... apapun.. 3 pagi nie nak date ngan dia.. tunggu dia kat tempat chat tuh.. hihihi... wait n see.. ina cuma harap ina jumpa lelaki yang benar2 leh terima ina seadanya... walau siapapun ina.. dan benar2 ikhlas sayang ina serta tahu menghargai ina.... hanya ketika itu.. andai itu benar2 lelaki yg ina tunggu2.. yang tercipta buat ina dan menjadi milik ina... barulah bukakan pintu hati ina utk dia!
hmmmmmmmmmm makin byk perkara happens.. hope ina mampu terus tabah dan sabar... hope ina belajar utk jadikan pengalaman dan menjadi lebih matang...

-ina-