Wednesday, October 05, 2005

lama x update bloggg...waaaaa!!!!

Wednesday, October 05, 2005

lama x update bloggg...waaaaa!!!!
Current mood: happy
Category: Life

hihih ih.. lama ina x menulis.. rindunyer... banyak perkara yang dah berlaku...rasa2nya memang kali nie panjang lebar ina akan taip.. x dulik... nak lepaskan segala rasa rindu dendam kat blog nie.. hahahah... buat kawan2.. sorry guys ina tahu ina lama x coretkan disini tuk tatapan korang....well bacalah karangan "novel" mengenai apa yang berlaku pada ina sejak dua menjak nie...!
ina skrg nie dh keje.. syukur alhamdulillah.. dapat juga ina mencari pengalaman dalam bekerja.. yer la. dulu lepas habis spm ina keje kilang 3 bulan.. after that sambung study kat kolej.. lepas kolej ina keje guard selama 3 bulan ... ramai yang x percaya ina keje guard.. kenapa? xpercaya? ina keje guard jaga condominium... kira tempat standard la..ada la datuk2 dan tengku2 juga org yang high class stay sana.. mana yang baik memang baik.. x kurang juga ada yang kurang ajar.. kerana mereka fikir mereka kaya dan mereka punya segalanya maka mereka leh pandang rendah pada org lain... ina masih igt lagi pengalaman ina berdepan dengan seorang dr.. (melayu).. memang menyedihkan sikapnya itu.... terlalu fikir bagus.. dan yang lebih menyedihkan ialah apabila dia memandang rendah dan menghina org lain terutama yg keje guard nie.. dia siap leh cakap kalau x kerana dia duk situ dan penghuni lain.. kami x leh cari makan.. kebulur.. etc.. melampau siot.. rezeki allah yang beri.. kita manusia haruslah berusaha... carilah rezeki yang halal di muka bumi ini.. ALLAH kalau nak beri rezeki.. memang banyak.. memang pemurah.. dan ALLAH juga kalau nak tarik semula rezeki tersebut... memang mudah.... jadi kita manusia kenalah sentiasa igt dan bersyukur dengan apa yang kita miliki tika ini...masa ina nak berhenti tuh.. ada seorang dato' cukup baik.. (chinese).. x sombong.. slalu tegur kami yang keje guard... dll... x pernah pandang rendah mahupun pandang hina... masa ina nak berhenti dia agak terkejut bila tau ina sebenarnya ada degree... ermmm naper? x percaya?
setelah dua pengalaman keje tuh.. ina berehat kat rumah.. hampir setahun jugalah..erkk kene gak lah perli bila nak cari keje oleh saudara mara.. yerlah ina nie duk mengadap komputer 24 jam kan.. ina mintak keje ikut internet... sebelum tuh memang cuba rehatkan diri.. ina mula mintak keje dalam akhir bulan 7 dan syukur alhamdulillah pada awal bulan 8 ina kene panggil interview (kat tempat ina keje skrg).. sebelum tuh ader gak tapi ina x pergi interview.. ina dapat tahu hari ahad.. isnin tuh interview.. petang tuh jugak ina turun kl.. ina menumpang kat rumah baby (kawan acik).. ina dapat keje lepas diinterview kali pertama.. ina bersykur. ina tahu ramai yang kata apa la keje cam nie.. tapi ina x kisah utk cari pengalaman dan untuk bermula dari bawah..
ina skrg bekerja di salah satu syarikat telekomunikasi.. ina keje operator telefon ajer... CSE... khidmat pelanggan.. erkk jangan korang igt khidmat pelanggan bukan2 dah le.. wakakak bukan leh caya korang nie kang ader yang melalut gak kang.. ina kene masuk training dulu.. memang keje nie banyak mencabar ina.. maybe ramai yang akan kata .. ala.. jawab call... bukan susah.. sapa kata x susah..ada beberapa perkara yang ina pelajari sepanjang ina dah bekerja di sana.. dari ina peringkat training sampailah skrg ina dah masuk floor.... dah mula keje.. dah masuk line.. sepanjang ina keje memang ajar ina agar jadi lebih berdisiplin.. menepati masa.. ajar ina agar lebih menjaga adab sopan dan tatasusila.. ajar ina untuk berkomunikasi dengan pelbagai jenis org.. ajar ina untuk lebih beretika ..dll...
untuk menjadi seorang CSE ina kene selalu update ngan segala maklumat yang ada.. dari segi perkhidmatan yang diberikan.. ciri2 dan lain2.. segala2nya perlu dititikberatkan dan diketahui.. segala promosi terbaru dll... untuk memberikan khidmat pelanggan yang baik juga bukan sesuatu yang mudah.. x dinafikan ada cacian dan makian yang diterima... dan x dinafikan memang banyak kerenah pelanggan yang memeningkan kepala juga haru biru.. malah tak kurang juga ada yang bercakap kurang sopan....
banyak ina belajar... ada juga pengalaman yang ina timba dari pekerjaan ina skrg. pendek kata memang banyak sangat sebenarnya.. dan sesungguhnya kerja ni bukan mudah....
ina skrg stay kat kl. menyewa bilik.. rumah xder la jauh tapi sebab ina ulang alik gi keje naik pengangkutan awam..ina byk berkorban... untuk keje pagi ina kene bangun seawal 4am dan kul 5.30 dah tercongok tunggu bas... hahaha.... padahal masuk keje ada kadang2 pukul 7.30 atau 8.00 atau 8.30 atau 9.... pendek kata kalau masuk keje antr pukul 7.30am - 10.00 memang kene bangun kul 4am.. dan kul 6 dah tercongok kat tempat keje.. study le apa yang patut..tgk maklumat2 terbaru...nie utk memudahkan keje....tue kalau keje pagi.. kalau keje malam lak.. kuar kul 11malam-2 pagi... memang sah x balik rumah.. mana ader transport.. nak naik teksi sorang2 memang x berani.. lagipu n bapakla mahalnya...so stay la kat ofis sampai 5.30am... tido kat surau masa nie memang terasa sangat2 diri ni ADDRO.. rasa sayu dan sedih mmg ada dalam diri.... kalau nak dikira x tido pun sebab terlalu sejuk kat surau tu sampaikan gigi pun berlaga...terketar2... tuh pakai sweater .. kalau x dah beku agaknya...biasanya lepak sat kat surau... subuh kul 5.30 tuh baru tunggu bas nak balik rumah... sampai rumah dalam kul 7am.. biasalah transport awam... tunggu bas sket nyer lama....sampai rumah tido.. sampai kul 12... pastu bangun .. mandi.. makan.. dan kul 1 dah tercongok tunggu bas balik tuk pergi keje.. memang penat... but demi mencari rezeki yang halal x mengapa.. lagipun memang ina byk belajar mndisiplinkan diri ina...
rezeki ina bukan setakat ini saja.. pemergian ina merantau mencari rezeki nie juga turut membawa kepada perkenalan ina dengan seseorang.. hahahaha.. actually ina kenal dia dulu melalui internet.. masa mula perkenalan tuh ina serba salah nak rapat ngan dia.. atas sebab2 peribadi dia yang ina tahu... maklum la.. ina nie kan x pandai bergaul..oh ya.. permegian ina nie juga merapatkan semula hubungan ina ngan sahabat sejati ina si IKIN... kami masih berhubung sebelum nie.. cuma terpisah jauh menyebabkan kami nyer perhubungan terhad... terhad pada sms.. pada call (of course x leh gayut lama2)...jumpa pun skali skala bila ada peluang.. x macam masa sekolah....
but now.. kami kembali rpt cam dulu.. malah lebih rapat... ye rlah dulu stay ngan mak bapak.. mana leh lepak sama2.. cam skrg masing menyewa... slalu la suh dia datang.. lepak kat rumah... pantang ada kelapangan memang akan lepak sama....
ok sambung balik citer ina ngan si dia.. memang la dia bukan org yang no 1 tuh.. yang ina admire tuh kan... dia sendiri tau akan hal nie.. ina cuma kata kat dia... usahalah untuk memiliki hati ina... dan untuk ini ina x mampu menjanjikan apa2 pada dia.. memang asalnya ina kenal dia dalam internet.. ina kenal dia melalui mirc.. perkenalan pertama yang mana lepas tuh dia call.. ina x sangka dia sebenarnya memang niat nak rapat ngan ina lepas berbual ngan ina kat phone.. seminggu lepas tuh ina jumpa dia lagi dalam channel yang sama.. dan ina tegur dia (masa tuh ina tukar nick).. pastu masa kali kedua chat nie kami gaduh... so ina fikir dia x suka ina dah.. ina pun x sms dia.. x call dia.. dia pun sama.. sampai la ina bertolak ke kl tuk mula bekerja.. masa tuh ina dalam bas bila ina tetiba dapat sms dari dia.. dia terkejut bila dapat tahu ina dalam bas on the way ke kl.. malah lebih terkejut bila dapat tahu ina dah dapat keje..
malam tuh ina jumpa dia.. lepas kat kedai mamak berdekatan minum.. tak sangka di pertemuan yang pertama tuh dia memang nekad nak dekati ina dan cuba untuk memiliki hati ina.. (nie pun ina dapat tahu bila dia cite balik) hihihi.. sepanjang ina kat kl.... dia banyak membantu.. dia yang tolong carikan bilik sewa dan lain2.. memang ok tempat tinggal ina.. housemate pun ok.. sorang tuh cikgu dan sorang lagi lawyer.. ina stay kat bilik master.. so far ina dok sorang.. cuma kadang2 ikin datang dan kadang2 kawan sekerja ina (pompuan je ek) datang... ina makin rpt ngan si dia.. dia siap tunjuk jalan bas.. mana nak tunggu bas.. mana nak beli barang... mana nak tekan loceng.. kalau naik lrt lak camne.. semua detail sebab dia risau ina sesat ke apa.. hahha masa mula2 memang ina sesat.. si dia jugak yang datang ambik ina.. hahhaha cian dia.. sapa lagi yang menyusahkan dia kalau x ina nie...
dia banyak sabar dalam melayan kerenah ina.. memang dia jaga ina baik2.. dia siap pesan kat guard dan housemate tuk tgk2kan ina.. risau sangat dia tuh.. dia protective dan dia romantik.. romantik camner ek... hehehehe cam masa dia tiba2 ada kat rumah.. dia call.. suh jenguk luar tingkap.. bila jengok .. tengok2.. dia kat bawah sambil memandang ke arah bilik ina dan tersenyum.. dia memang baik.. x berkira.. .leh membantu.. dan masakan dia sedap tau.. dia lagi pandai masak dari ina.. nie ampeh nie.. malu2...
pendek kata sapa dapat dia memang beruntung tapi macam ina nie.. ina masih perlu mengenali dia terlebih dahulu... walaupun hubungan ina ngan dia dah nak masuk 3-4 bulan... masih banyak yang ina perlu tahu pasal dia.. masih banyak yang perlu ina pelajari.. yang perlu ina fahami... but so far so good... kami saling memahami.. saling jujur dan setia...
sejak akhir2 nie dia tiada di kl.. dia ada urusan keluarga di kampung... dan untuk itu memang kami terpisah.... namun ini mengajar erti sabar... erti rindu yang makin berputik.. dan rasa sayang yang mula hadir dalam diri ina.. untuk cinta? masih lum tiba masanya.. but doakanlah semua berjalan lancar....
apa citer ekk pada no 1 yang ina admire tuh? well memang x salah admire.. admire x bermaksud cinta.. lagipun ina malas nak fikir sangat... kalau ada jodoh x kemana.. x kira lah ngan siapa pun... kalau xder jodoh.. cuba sedaya mana pun memang akan terpisah jua akhirnya.. tul x?
k la.. hari nie hari permulaan puasa... nak berbuka dah nie.. c u later.. sambung nanti.. -to be continued-

0 Comments:

Post a Comment

<< Home