new update.. sakit.. pedih.. perit!!!
Monday, January 16, 2006
| new one.. sakit.. perit.. pedih!!! Assalamualaikum... 16 jan 2006.... ina sambung apa yang x habis semalam... (15 jan 2006)... is tertido... dah pukul 3 lebih tuh ina bangunkan dia... maklum la.. bas dia pukul 4.45pm. is bangun2... dia tanya nak pinjam duit ina lagi.. memang atr kami sebelum nie x berkira atr satu sama lain... kalau is xder duit, ina akan bantu dia.. is pernah kasi ina duit... bulan lepas rm150.. dia kata buat belanja.. dan dia ganti duit ina yang dia kata dia pinjam (walaupun x cukup untuk bayar balik duit ina yang dia pinjam tuh).. lepas tuh baru2 nie.. dia beri ina rm20... sebelum is kuar pekan semalam, duit dia ader lagi beberapa ringgit... is nyer duit tinggal rm33.. malam tuh yang ina tau dia beli maggi... tuh ajer.. tapi ina x tahu macam mana duit dia leh tinggal rm16 ringgit!!! Is x mo cakap ke mana duit dia pergi.. may be dia simpan tuk apa2 rancangan dia... ina memang xder duit bila is mintak lagi rm20-30 dari ina.. duit yang ada pada ina semua untuk bayar duit bil yang berjumlah rm600...!!! ina gaduh ngan dia.. is leh ungkit yang ina berkira ngan dia.. ina cakap balik pada dia.. ina bukan berkira... masa ina ader duit.. ina x pernah berkira ngan dia.. masa kat kl ina ade duit, ina bantu dia... dia x tahu.. kadang2 yang tinggal kat ina tinggal duit makan ngan duit tambang gi keje.. but ina kasi jugak dia duit...kadang2 rm5 kadang2 rm15.. yang dia kata untuk tambang dia dan makan dia.. ina fikir.. balik tuh ina leh tumpang ngan kawan2 ina.. kot kak Q ke.. amed ke.. kalau x pun ina tido kat surau cam biasa... merempat cam biasa... tapi ina terkejut bila dia ungkit.. dia cakap... sapa yang tolong ko masa kat kl... macam ko guna duit aku untuk beli kaler adik sedara ko dll... ina terkejut dgr dia cakap.. ina kata kat dia.. duit yang ina guna beli kaler adik saudara ina tuh ina guna dari rm150 yang dia kasi ina tuh... yang kononnya tuk ganti duit ina yang dia pinjam selama nie... ina cakap...duit yang rm150 dia aksi tuh pun lom cukup untuk ganti balik duit ina yang dia pinjam.. dia bayar rm150... masa tuh dia hutang ina dalam rm350!!! Ina paling terkejut bila dia cakap yang duit dia habiskan pada ina tuh... termasuk untuk makan dan yang digunakan untuk ina.. dia x halalkan!!!.. ya allah.. sesungguhnya inilah kali pertama ina jumpa org macam dia..!!! ina mengamuk ina cakap kat dia.. kalau dia x mo halalkan.. ina juga boleh buat macam tuh... dia cakap.. sepanjang dia stay rumah nie.. semua guna duit mak ina.. terutama belanja makan dll.. ina cakap balik pada dia.. kalau disini dia nak cakap macam tuh dia silap la.. ina cakap balik... jangan lupa baper banyak duit ina kuar untuk dia.. lebih banyak dari dia sendiri....!!! ina masuk bilik mak sebab nak ambil duit dia yang rm20 tuh.. memang itu ajer yang ina ader... ina nak aksi kat dia.. dia lak pergi mandi untuk bersiap.. dia x paham ke situasi ina? Sedangkan dia tau family ina tengah bermasalah dari segi kewangan...:( is cakap.. jangan menyesal kalau lepas nie dia x tolong ina ke apa.. ya allah.. ina x pernah cakap kat dia macam tuh ke apa.. apa jenis manusia dia nie???!!!!! Ina beri dia rm20.. ina beritahu dia itu duit yang dia kasi ina baru2 nie... dia buang duit tuh ke lantai.. dia cakap... dia x mo duit tuh..dan dia cakap lagi yang dia x halalkan.. ina bengang giler.. ina cakap... awak nie tinggi sangat ke is? Saya tahu awak anak org kaya.. tapi saya x suka bila awak masih nak berlagak dan fikir bagus cam ni... dia diam.. dia ambil balik duit tuh dan dia cakap dia nak no akaun ina.. dia akan bayar balik duit yang ina gunakan untuk dia.. kalau campur semua.. skrg nie.. mau dkt seribu duit ina habis untuk dia...may be dalam rm500-rm800....!!! ina nangis.. ina x pernah jumpa org macam dia.. ina bukan jenis yang berkira.. org susah ina tolong.. sebab kalau kita tolong org time dia susah..tak mustahil nanti bila kita susah ada ajer pertolongan yang kita terima balik...allah akan bantu kita balik... sebelum is balik, mak dan mama suh makan dulu... ina pun tengah hari tuh x makan sangat... ina disuruh makan ngan dia... ina x mo makan.. mak tak tahu apa yang jadi.. mana x hilang selera ina!!! Menitis air mata ina... is banyak buat ina menitiskan air mata.. mak pesan.. temankan is makan.. is nak balik dah.. x baik... dia nak jalan jauh.. ntah apa dia nak makan nanti.. ina setuju bila dgr kata2 mak.. is masih bersiap dalam bilik.. ina cakap pada is.. macam nie awak buat saya is.. sampai hati awak!!!.. memang sampai hati awak!!! Masa tgh hidang nak makan tuh.. si *** balik dan sampai ke rumah.. beberapa kali dia mencuri pandang.. si *** lagi la.. dok pandang ajer.. ina diam... sedih sangat bila diperlakukan macam nie.. kami makan sama2.. sebelum duduk kat meja makan tuh.. is sapu lembut di kepala ina dan cakap yang dia minta maaf.. dia gurau ajer...!!! gurau ajer? Macam tuh gurau ajer? Pandai betul dia berlakon!!! Pandai dia berpura2.. boleh berubah sekelip mata!!! Lepas makan ina anto dia ke perhentian bas... ina anto dia ngan mama... budget dia sampai pekan (ina lak baru ajer sampai rumah)... dan dan phone si *** berbunyi... si *** lari dalam bilik ina bersembang.. ina tau is call dia.. naluri ina kuat.. lagi pun budget timing dah tepat... ina juga tahu is ader banyak syiling dalam poket dia... L sakit sangat hati ina nie.. ina masuk bilik pasal nak off komputer.. ina terdengar dia cakap pasal dia kl.. semua house... pasal jumpa dll!!! Damn man... ina kat situ.. pastu ina cakap ... sorry kak.. nak off kom jap... dan dan talian terus dimatikan.. ina rasa bukan pasal putus is habis duit.. tapi pasal kak *** tekan letak... !!! org bersalah pasti takut.. betul x... dan2 phone ina dalam bilik mak berbunyi..ya allah, nampak sangat2.. ketara sangat2!!! Ina tanya is.. x puas ke cakap ngan akak tuh... is menafikan... sakit hati ina skrg nie.. ina taip nie pun ina masih menangis... is cakap mana ader.. is minta no akaun ina.. ina x jawab.. ina Cuma minta is mengaku.. ina cakap.. awak dah kantoi.. saya tahu sangat2.. pastu is cakap syiling dia habis... is x tahu ina tahu yang dia ader banyak syiling semalam.. budget dia cakap ngan ina pun semalam dalam rm30.. bayangkan punya sekejapnyer!!! L ina x tahu kenapa mereka harus berlakon macam nie... sembunyi2... kalau betul xder apa2 kenapa macam nie? Ketara sangat2....!!! jangan gunakan alasan takut ina marah atau cemburu.... ina rasa mana2 pompuan pun kalau berada di tempat ina pasti sedih.. bengang.. ina bukan kes cemburu dah.. tapi ina kecewa ngan sikap dia.. ina marah sangat2... akak tuh xkan x boleh fikir.. dia lebih matang dari ina!!!.. kenapa dia buat macam nie... kalau nak kasi alasan is ngadu ngan dia ke apa pasal kami bergaduh pasal dia ke apa... x pernah ke dia fikir tuk jauhkan diri dari is? Agar kami x gaduh dah... nie bukan bantu merapatkan hubungan kami.. tapi nie bantu hancurkan lagi hubungan kami!!! Perempuan jenis apa dia nie? Baru first time ina jumpa pompuan macam dia nie... ina dan kawan2 ina bukan jenis macam nie.. dan... ina x pernah mahu ader kawan dari jenis macam nie!!! Lepas cakap ngan ina.. ina bawak tefon ina balik ke bilik.. ina.. maklum lah.. is kan dah habis duit..dan dan ina masuk bilik ina.. tefon akak tuh bunyi.. akak tuh terus lari ke depan untuk borak kat phone.. ina tau mesti is nak sound dia apa2.. maklum la.. tadi ina dah cakap macam tuh.. ya allah.. tuhan jer tahu macam mana perasaan hati ina nie...!!! Semalam ina sembang2 ngan peroz dan ikin... but lebih pada peroz... ina perli.. akak tuh pulak buat2 tido kat dalam bilik ina.. damn!!!.. muka dia berubah.. nampak sangat dia terasa bila yang ina cakap tuh kene kat dia sendiri.. ina x cakap direct.. ina perli2 ajer.. tapi x sedikit pun dia rasa berdosa atau bersalah ngan perbuatan dia... ganggu hubungan org ke apa.. bagi dia memang xder apa kot... lagipun memang nampak sangat dia ada hati kat is... lagipun ina tahu is pesan dia apa.. sebab bukti dah ader... nampak sangat2.... biarlah.. naluri ina betul... kenyataan juga ketara depan mata... allah juga mengetahui.. Maghrib tuh ina call abg mie.. (my ex).. betapa rindu ina pada dia.. memang ina sayang sangat pada abg mie... ina dah sedaya upaya alihkan semua sayang dan cinta ina pada is tapi x mampu.. sejauh mana ina cakap ina beri is peluang.. walaupun ina sayangkan is.. sayang ina pada abg masih melebihi is!!! Banyak yang ina borak.. ina tahu alasan abg mie nak putuskan hubungan dengan ina skrg nie.. ina sayang sangat dia .. x mungkin ina boleh lupakan dia.. kenapa ina slalu jadi mangsa keadaan? Pasal ina nie lembut sangat ker? Lembut hati? Pasal ina nie lurus bendul macam yang semua cakap? Pasal ina nie jenis jujur dan terus terang sangat ker? X per la.. ina slalu dianiaya... ina slalu jadi mangsa keadaan.. sesungguhnya allah tahu apa yang terbaik buat ina.. maybe ina x layak buat abg mie.. may be ina x padan untuk abg mie.. ina doakan yang terbaik buat insan yang ina sayang... ina minta nasihat daripada abg mie semalam... ada nasihat abg mie yang ina akan pakai... ina sematkan dalam diri dan dalam hati... ina dah 24 tahun pun skrg nie.. semakin menginjak dewasa.. 25 dah dewasa betul kan.. erkkk betul ke ekkk... ermmm... ina perlu buang sikap ina yang kebudak2an nie... ina perlu belajar jadi makin matang.. ina perlu belajar jadi dewasa.. ina perlu belajar buat keputusan.. ina perlu belajar berfikir sendiri.... betul kata abg mie.. ina perlu fikirkan pasal diri ina... pasal keluarga.. pasal masa depan ina (itu paling penting)... ina tahu dalam hati abg mie sejauh mana dan sekuat mana dia cakap dia hanya boleh jadi kawan ina.. ina leh rasa.. dalam hati dia masih ada sayang yang mendalam.. masih ada rindu yang mencengkam... ina tahu abg cakap nak jumpa ina dulu bila ina balik kl... tapi bila ajak jumpa abg mie mengelak ngan seribu satu alasan. Bukan sebab abg mie bencikan ina.. tapi pasal abg mie takut... dia cuba buangkan semua rasa dia pada ina.. tapi dia x mampu.. dia takut kalau ina nampak semua tuh.. ina lepaskan abg mie pergi.. dan ina x pernah berdendam ngan dia.. Cuma satu ajer.. moga dia bahagia dan gembira... ina tahu ina bukan yang terbaik buat dirinya.. ina harap dia leh jadi biasa kembali ngan ina... agar dia x sengsara.. kerana ina tahu betapa sayangnya dia pada ina.. kerana semua kata2 dia ina igt dan ina simpan kemas dlm ingatan dan hati ina.. ina berpisah ngan abg mie kerana keadaan.. kerana iskandar.. ina x pernah rela dengan perpisahan ini...!!! 4:04pm... ina penat lepas kuar bandar.. masa ina kat bandar tadi.. ina terima call dari is.. is tanya ina turun kl ke x.. dia cakap dia x leh gerak pasal xder duit.. ina paham maksud is.. ina cakap la ina x turun.. sebab memang ina x turun.. ina xder duit.. duit tambang yang ina budget tuk jumpa dr pakar kat ghkl tuh pun duit yang is kasi ina rm20.. tapi ina dah beri balik pada dia.. mana ina ader duit dah.. x pergi jumpa dr pakar tuh.. x yah la jumpa dr pakar kat ghkl.. kalau ajal ina sampai.. biarlah ina berlalu.. selama 2 bulan ina ulang alik ke sana setiap hari.. ina x larat dah...ina tanya is.. mana duti rm20 yang ina kasi dia.. dia leh jawab.. duit tuh tercicir.. leh caya ker? Sedangkan dia call kak *** banyak kali... cakap lama.. kalau ngan kak *** dia leh cakap sampai 5-15 minit.. kalau ngan ina dia Cuma bercakap dalam tempoh 2 minit macam tuh.. ina sedih sangat2.. naper dia buat ina macam nie.. my fam tanya ina.. ina frust ker? Ina terpaksa bohong.. sebab ina tahu kalau ina sedih mereka juga akan sedih so ina jawab ina x frust.. Cuma rasa bengang.. sakit hati sangat2.. tuhan jer tau betapa sakitnya hati ina.. pedih.. perit... ina benci!!! Is minta tolong ina.. pasal keje dia.. ina akan tolong.. ina tolong bukan sebab dia pakwe ina.. tapi atas dasar kemanusiaan.. atas dasar sesama manusia... salong membantu dan menghulur pertolongan.. ina leh tolong ina tolong.. cam gitu lah... lepas ina cakap ngan abg mie.. ina pergi mandi.. lepas tuh dalam kul 8.30 ina call ikin.. ina budget is sampai pudu... ina budget is akan call ina.. ina memang buat vol dia jadi bip pasal ina x mo jawab call dia.. biarkan.. janji kalau kemudian ina nampak ader misscall tuh kira ok ler tuh..ina tahu dia selamat sampai.. ina cakap kat kini... ina budget is baru sampai pudu.. x lama lepas tuh ina dgr phone kak *** bunyi... sakit tul hati.. sakit tul jiwa.. lepas tuh dalam kul 10++ ina call kawan dia.. kawan dia cakap dia ader kat kl sentral.. dalam perjalanan ke nilai.. ina sabar aje la.. is x call langsung lepas tuh.. yang ina tahu... dia call ina masa ina kat bandar tadi.. tuh pun kalau boleh pasal nak minta duit... dia Cuma mempergunakan ina!!! Dem!!! Ina bantu dia last.. lepas nie.. biarlah masa tentukan.. x mo harap dah... ader jodoh... ader la.. xder jodoh.. bye2 la.. sedih? Mustahil ina x sedih.. tuhan ajer tahu perasaan ina.. dah ler terpaksa berlakon depan family yang ina xder apa2... ina betul2 rasa perit dan derita sangat skrg nie.. adehhh dan dan ader lak mesej masuk kat phone akak *** skrg nie.. akak tgh tido dalam katil kat bilik ina nie.. ina sabar ajer.. moga allah tabahkan dan cekalkan hatikan... moga allah keraskan hati ina dan nekadkan diri ina tuk buat keputusan yang ina xkan patah balik.. agar ina x pandang belakang lagi.. macam ina ngan ex ina yang sebelum nie... 5.45pm... is baru lepas call ina.. nak kasi no abg donny... ina hafal... dia cakap dia lom makan lagi.. nie baru dia tanya ina makan ke x... dia x tahu ina makan pun Cuma 2 suap.. ina benar2 makan hati!!! L .... is cakap sore ina seksi dalam phone... manja lak tuh.. ina saja layan is cam kekasih sebab selama nie.. masa dia call ina buat cara cakap ngan kawan ajer.. pasal... masa tuh ina masih couple ngan abg mie.. lepas declare couple tuh kami jumpa depan2 mana ader gayut kat phone.. nie baru ina ader peluang nak cakap cam seorang kekasih.. dia cakap 28hb nie kalau jadi dia nak datang... ntah la.. sebab my fam dah angin ngan dia.. macam mana yer.. my fam mesti x kasi dia datang... sebab dia Cuma akan tambah sedih dan luka di hati... lirik lagu kumpulan elite: CINTA cinta dalami maknanya cinta indah khabar dari rupa daku seringkali menghampiri cinta nan tulus dan sejati jujurkan di hati akhirnya dimungkiri cinta indahnya di kata rasa dihanyutkan leka walau sudah berulang kali ku tetap silap langkah lagi dikejut dari mimpi adakah ditakdirkan bersendiri? Mengapa manusia bercinta pada hakikatnya menyakitkan sahaja Indahnya hanya sementara merana perit bagaikan tercabut nyawa Mengapa daku terus terpedaya? Untuk kali ke berapa harusku di duga Puas dah ku berendam air mata Namun tetap diperangkap rasa cinta Cinta Daku cekalkan semangat Dunia lebih luas dapat ku lihat Namun daku cukup mengenali Diriku pasti skali lagi Akan jatuh hati Pada yang berjanji seindah mimpi Dingin aku dibuatnya Parah juga ku di duga Ku masih menanti esok hari temui cinta sejati |

sad
0 Comments:
Post a Comment
<< Home